Tuesday, March 20, 2007

PETUA TANAMAN HIROPONIK


KAEDAH TIGA T

Senang saja, kerana ianya memerlukan 3 perkara asas:
TANAM
TUNGGU
TUAI
PERALATAN ASAS HIDROPONIK
1) Takung Hidroponik (43x35x13cm) - samada siap pasang dari kedai alat perkebunan atau dibeli secara berasingan dari kedai alatan plastik.
2) Penutup Takung (Polystyreen) - tebal lebih kurang 2cm
3) Bakul Media - bekas bunga telur plastik
4) Media : Benang/Span/Rockwool
5) Baja Hidroponik - cecair atau ketul
6) Cawan Penyukat Baja (250 ml) 7) Biji Benih - pilihan sendiri
*Alatan seperti takung, polystyrene, bakul media dan media (benang) boleh dibeli secara berasingan. Dengan sedikit usaha (Do-It-Yourself), kita boleh menyiapkan satu takungan yang lengkap dengan hanya membelanjakan sebanyak RM 9.00 sahaja. Kalau dibeli set siap pasang akan memakan belanja 2 kali ganda. Oleh itu, kenapa tidak cuba buat sendiri? Pasti menggembirakan.
PENYEDIAAN BAJA HIDROPONIK DAN CARA MENANAM
Petua Pertama
Masukkan air dalam bekas takungan separas 3 suku bekas atau lebih kurang 18 liter. Peringatan:
* Jika air paip atau air dari tangki yang hendak digunakan untuk penyediaan larutan baja hidroponik, biarkan air tersebut didalam bekas takungan semalaman supaya bebas dari klorin. Air hujan juga boleh digunakan tetapi sebaik baiknya mengambil air itu selepas pertengahan hujan untuk mengelakkan daripada ianya mengandungi bahan-bahan asid /toksid yang boleh membantutkan tanaman. Baja hidroponik kemudiannya dilarutkan didalam 5 liter air dan kacau hingga sebati.
Petua Kedua
-Sediakan 18 liter air dan masukkan kedalam bekas takungan hidroponik.
-Ceduk 500 ml larutan baja hidroponik yang dilarutkan tadi dengan cawan penyukat yang bersaiz 250 ml sebanyak 2 cawan dan campurkan kedalam takungan hidroponik yang diisikan dengan 18 liter air tadi.
-Kacau hingga sebati.
-Tutup takung dengan penutup takung yang disediakan.
*Baki larutan baja yang telah dibancuh tadi hendaklah disimpan dalam bekas bertutup dan ia boleh digunakan untuk tanaman seterusnya. Jangan dedahkan kepada cahaya matahari.
Petua Ketiga
1 )Media: Benang atau bahan yang boleh menyerap air diletakkan didalam bakul semaian sebagai media percambahan biji benih.
2)Tarik dan juntaikan benang tersebut melalui lubang dibawah bakul supaya menjadi sumbu lebih kurang 5 sm. untuk menyerap larutan baja hidroponik.
3)Pastikan setengah cawan benang masih terdapat dalam cawan. Celup atau rendamkan bakul yang berisi media tadi ke dalam air larutan baja untuk melembabkan media bagi memudahkan proses percambahan.
4)Masukkan bakul media di setiap lubang penutup takungan hidroponik. Pastikan sumbu benang terendam dalam air larutan baja hidroponik supaya ia dapat menyerap baja.
Petua Keempat
1)Memasukkan benih sayuran ke dalam bakul media Masukkan 4 atau 5 biji benih diatas benang dalam setiap bakul media.
2)Pastikan biji benih basah supaya senang bercambah.
3)Selepas 3 atau 4 hari, jika tidak berlaku percambahan, tukarkan dengan biji benih yang lain. Jika semua biji benih tersebut bercambah selepas 6 hari, tinggalkan cuma sepokok atau 2 pokok sahaja pada setiap bakul media bagi pertumbuhan seterusnya.
4)Anda telah sedia untuk memulakan tanaman hidroponik.
Petua Kelima
1)Letakkan set hidroponik ditempat yang sesuai seperti ditepi rumah(koridor), beranda, patio, porch atau di bawah 'greenhouse' .
2)Pastikan ia mendapat cahaya matahari yang cukup sekurang-kurangnya separuh hari samada pagi atau petang.
3)Elakkan daripada air hujan terus masuk kedalam takungan hidroponik kerana ia akan menganggu campuran larutan air dan baja.(Air yang berlebihan akan mengurangkan keberkesanan baja terhadap tumbuhan) .

No comments: