APAKAH HIDROPONIK?
Hidroponik ialah satu kaedah penanaman sayur-sayuran yang tidak menggunakan tanah.
KELEBIHAN HIDROPONIK
Hidroponik ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan sistem penanaman biasa yang menggunakan tanah seperti berikut:
Sistem ini boleh dipraktikkan pada kawasan yang tidak sesuai untuk penanaman secara biasa seperti tanah bertoksik, padang pasir dan lain-lain;- Sayur-sayuran akan cepat tumbuh dan mengeluarkan hasil yang berkualiti tinggi;
Bersih dan bebas daripada sebarang racun makhluk perosak;- Tidak perlu merumpai, menyiram dan mencangkul;
Penggunaan air dan baja yang terkawal dan efisien;
Pulangan hasil seunit kawasan bagi seunit masa adalah tinggi.
KAEDAH HIDROPONIK
Sistem Pengaliran Nutrien
Kaedah hidroponik memerlukan perbelanjaan agak rendah jika dibandingkan dengan kaedah
biasa bagi mendapatkan alat-alat seperti berikut:
- Pam air untuk aknarium.
- Tempat tanaman (diperbnat daripada paip PVC, dulang plastik dan bahan-bahan lain seperti kayu, papan lapis, tin besi, yang perlu dialas dengan kepingan plastik yang tebal).
- Tangki untuk larutan nutrien.
- Tenaga elektrik.
- Pasu plastik kecil (jika perlu).
No comments:
Post a Comment